Nama asalnya ialah Madrasah Arabiah Persekutuan Melayu Kluang. Madrasah ini diasaskan pada 8 Mei 1946 iaitu semasa pemerintahan Tentera British (BMA). Atas dorongan perasaan insaf beberapa orang terkemuka di daerah Kluang ketika itu mendesak untuk menubuhkan madrasah ini sebagai satu wadah untuk menyedarkan masyarakat terhadap pentingnya pendidikan agama terutama kepada golongan muda mudi yang semakin runtuh iman dan akhlak mereka.
Tapak yang menjadi penempatan pelajar Madrasah Arabiah Kluang telah diusahakan oleh Tuan Guru Al Ustaz Mohd Lazim Bin Saim (Pengasas Madrasah) bersama sahabat-sahabatnya.
Madrasah Arabiah Kluang terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman samada dari sudut pembangunan mahupun akademik dengan tidak lari dari matlamat asal penubuhan madrsah ini.
Comments